Posts

Showing posts from November, 2013

Reflection #9

Image
Bila kau dapat membezakan apa yang penting dengan apa yang tidak, kau takkan pening kepala. Kau takkan runsing fikir macam macam, sebab dalam kepala kau dah buat satu mind set yang benda A ni penting, benda B tak penting. So, secara logiknya kau akan move towards benda yang penting tu. Bila dah umur 23 ni, aku dah makin matured. Dah boleh fikir apa yang patut didahulukan, apa yang patut dikemudiankan, dan apa yang patut diabaikan. Lepas tu, bila letakkan kebergantungan pada Allah s.w.t semata mata, insyaAllah kau takkan frust. Kalau kau percaya pada percaturan Allah s.w.t, insyaAllah kau takkan kecewa. Ye, aku belajar benda ni dalam masa 23 tahun aku hidup. Dan aku dah boleh gembira sekarang sebab aku yakin, yang Allah selalu dengan aku. Selalu tolong aku, selalu dengar masalah aku. Memang nak sedar dan belajar dan faham semua tu ambil masa yang sangat lama, tapi percaya lah, once kau dah faham benda tu, kau akan automatically menerima semua yang berlaku pada diri kau dengan ikhlas dan...

Random #7: Aku Okay.

Image
Assalamualaikum. Sedar atau tak, bumi kat mana kaki kau tengah pijak tu terdapat banyak sangat manusia, dengan banyak sangat rupa, dengan banyak sangat perangai. Dan hakikatnya, dalam berjuta juta manusia atas bumi ni, mungkin tak sampai 100 orang pun yang suka dan senang dengan kau. 50 orang pun belum tentu. Jadi, aku sentiasa berfikiran realistik terhadap semua manusia ni. Ye, maksud aku terhadap perangai dan hati budi masing masing. Aku sentiasa sedar bahawa banyak orang di sekeliling aku yang fake, kononnya baik di hadapan aku dan kat belakang, Allah je yang tahu. Aku tak ada masalah dengan orang macam tu sebab bagi aku, selagi dia tak memudaratkan diri dan keluarga aku, dia tu ibarat tin kosong yang korang sepak sepak kat tepi jalan tu. Bising tapi tak ada kesan. Aku tahu perangai aku ada yang teruk, dan demi Allah aku cakap aku tengah berusaha untuk mengubahnya. Basically, bila orang nasihatkan aku itu ini, aku ambil yang mana aku rasa penting je since aku dah tahu benda la...

Reflection #8: Penghuni Gua

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :) 10 Muharram, bersamaan dengan hari Assyura. Aku sedikit kecewa hari ini sebab dah berniat nak puasa sunat tapi tercuti di tengah jalan. Takpe lah, insyaAllah tahun depan boleh puasa kalau masih panjang umur :) Sempena hari khamis malam jumaat ni, aku nak share sikit pasal salah satu cerita favourite aku selain daripada kisah nabi-nabi. Sebab digalakkan baca surah al-Kahfi malam ni, so aku nak cerita pasal Ashabul Kahfi. Ni hasil daripada bacaan aku masa kecil dulu dengan tafsir al-Quran. Kalau salah harap dimaafkan :) Ashabul Kahfi mengisahkan tentang pemuda-pemuda beriman yang tertidur di dalam sebuah gua selama 309 tahun atau lebih kurang 3 abad. Kalau berdasarkan kebanyakkan cerita, katanya ada 7 orang pemuda dan seekor anjing. Berdasarkan surah al-Kahfi ayat 22; "Nanti (ada orang yang akan) mengatakan jumlah mereka adalah tiga orang, dan yang keempat adalah anjingnya; dan yang lain mengatakan jumlah mereka adalah lima or...