Random #7: Aku Okay.
Assalamualaikum.
Sedar atau tak, bumi kat mana kaki kau tengah pijak tu terdapat banyak sangat manusia, dengan banyak sangat rupa, dengan banyak sangat perangai. Dan hakikatnya, dalam berjuta juta manusia atas bumi ni, mungkin tak sampai 100 orang pun yang suka dan senang dengan kau. 50 orang pun belum tentu. Jadi, aku sentiasa berfikiran realistik terhadap semua manusia ni. Ye, maksud aku terhadap perangai dan hati budi masing masing.
Aku sentiasa sedar bahawa banyak orang di sekeliling aku yang fake, kononnya baik di hadapan aku dan kat belakang, Allah je yang tahu. Aku tak ada masalah dengan orang macam tu sebab bagi aku, selagi dia tak memudaratkan diri dan keluarga aku, dia tu ibarat tin kosong yang korang sepak sepak kat tepi jalan tu. Bising tapi tak ada kesan. Aku tahu perangai aku ada yang teruk, dan demi Allah aku cakap aku tengah berusaha untuk mengubahnya. Basically, bila orang nasihatkan aku itu ini, aku ambil yang mana aku rasa penting je since aku dah tahu benda lain yang dia bebelkan tu. Cuma it takes time, a lot of time to be exact.
Same thing goes to me. Aku pun ada perasaan tak suka orang itu ini. Tak suka tabiat itu ini. Cumanya, jarang aku lahirkan dengan kata kata. Kalau sampai aku mengata, samada aku dah tak tahan atau ada orang push aku sampai aku terpaksa keluarkan benda yang sepatutnya aku simpan je. Yes, aku suka juga menjaga perasaan orang lain tapi kadang kadang orang yang memaksa aku melukakan hati diorang. Jadi, sila jangan paksa aku mengeluarkan kata kata yang akan buat korang sendiri sakit hati. Em em.
Since aku membuat keputusan yang agak drastik, even bagi aku tak drastik pun sebab aku dah berfikir dan merancang lebih dari sebulan, ramai rasanya yang rasa aku salah. Tapi, aku tak kisah pun sebab kalau ada orang masih menyokong aku, dan orang yang sokong tu including mak aku sendiri, so aku takkan pernah rasa apa yang aku buat tu salah. Aku anak mak dengan abah aku. Milik mutlak diorang dua. Jadi, selagi diorang membenarkan apa yang aku fikir, apa yang aku decide, aku tak rasa itu satu masalah. Biar lah orang nak cakap apa. Redha mak dengan abah aku yang menentukan redha Allah pada aku. Bukan pada kau, kau atau kau ;)
Kalau korang rasa aku menaip dalam keadaan emosi, sesungguhnya aku sangat lah relax ketika menaip entri ni. Dan dengan fikiran yang waras serta rasional. Apa kata dari korang duk fikir pasal aku, cakap buruk pasal aku, korang pergi buka tafsir dan baca maksud ayat ayat dalam alQuran. Lagi berfaedah kan? Dapat pahala lagi :) Okay, dah masuk waktu asar. Jangan lupa solat kawan kawan. Mak aku pesan, kalau nak berjaya, jangan tinggal solat. Be safe :)