Reflection #8: Penghuni Gua

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

10 Muharram, bersamaan dengan hari Assyura. Aku sedikit kecewa hari ini sebab dah berniat nak puasa sunat tapi tercuti di tengah jalan. Takpe lah, insyaAllah tahun depan boleh puasa kalau masih panjang umur :) Sempena hari khamis malam jumaat ni, aku nak share sikit pasal salah satu cerita favourite aku selain daripada kisah nabi-nabi. Sebab digalakkan baca surah al-Kahfi malam ni, so aku nak cerita pasal Ashabul Kahfi. Ni hasil daripada bacaan aku masa kecil dulu dengan tafsir al-Quran. Kalau salah harap dimaafkan :)

Ashabul Kahfi mengisahkan tentang pemuda-pemuda beriman yang tertidur di dalam sebuah gua selama 309 tahun atau lebih kurang 3 abad. Kalau berdasarkan kebanyakkan cerita, katanya ada 7 orang pemuda dan seekor anjing. Berdasarkan surah al-Kahfi ayat 22;
"Nanti (ada orang yang akan) mengatakan jumlah mereka adalah tiga orang, dan yang keempat adalah anjingnya; dan yang lain mengatakan jumlah mereka adalah lima orang, yang keenam adalah anjingnya sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan yang lain lagi mengatakan jumlah mereka tujuh orang dan yang kelapan adalah anjingnya. Katakanlah (Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui bilangan mereka kecuali sedikit. Kerana itu jangan lah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka kecuali pertengkaran zahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka." (18: 22)
Berdasarkan ayat kat atas, memang tak ada dinyatakan pun pemuda-pemuda tu ada berapa orang tapi berdasarkan ulama' mereka semua ada 7 orang dan ada seekor anjing bernama Qitmir. Siapa pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ni? Hasil bacaan aku, pemuda-pemuda ni berasal dari satu tempat bernama Afsus yang terletak di Turki. Tapi ada juga yang cakap tempat tu kat Jordan dan Syria. WA. So basically, tempat asal pemuda-pemuda ni mengamalkan ajaran Islam sampai lah satu masa datang seorang raja yang zalim beragama Nasrani. Nama dia Raja Diyanus (tak ingat sangat lah exact nama dia.maaf). Raja ni of course sembah berhala since dia beragama Nasrani. Nak jadi cerita, dia suruh pemuda-pemuda ni tinggalkan agama Islam. Murtad lah senang cerita, tapi mereka tak nak. Disebabkan raja ni zalim, dia ugut bunuh atau seksaan atau something like that kalau mereka ni tak nak murtad. Jadi, mereka sepakat nak lari selamatkan diri demi menjaga keselamatan dan juga akidah mereka. Masa dalam perjalanan tu lah ada seekor anjing ikut. Mereka berjalan ke bahagian pedalaman dan jumpa sebuah gua. Maka, mereka pun sepakat nak duduk bersembunyi kat situ. Dengan kuasa Allah, mereka ditidurkan selama 309 tahun tapi bila bangun, mereka tak rasa pun yang mereka tu dah tidur lama. Rasa macam sehari atau setengah hari je.
"Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang daripada mereka, 'sudah berapa lamakah kamu berada disini?' Mereka menjawab, 'kita berada disini sehari atau setengah hari'. Berkatalah yang lain lagi, Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada disini. Maka suruh lah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu dan jangan lah sekali kali menceritakan hal kamu kepada seseorang pun." (18 : 19)
Bila dah bangun tu, salah seorang pergi lah ke bandar nak beli makanan. Bila sampai bandar, dia tengok semua lain. Rupa manusia yang ada pun lain. Bila nak beli makanan, duit perak yang dia bawa tu dah tak laku. Of course lah, duit 300 tahun yang lalu, mesti lah tak laku. Orang ingat dia jumpa harta karun sebab guna duit perak lama. Jadinya, dia pun dibawa mengadap raja pada zaman tu. Raja yang pada zaman tu ialah seorang yang beragama Islam. Pemuda tadi pun bawa lah raja yang baik tu pergi jumpa pemuda lain kat gua dan mereka cerita lah apa yang terjadi sebenarnya. Dikatakan setelah mengucapkan selamat tinggal, Allah s.w.t pun mematikan kesemua pemuda-pemuda itu. Raja tadi pula mencadangkan supaya dibina masjid bersebelahan dengan gua itu.
"Dan demikian pula Kami mempertemukan manusia dengan mereka agar manusia itu mengetahui bahawa janji Allah itu benar dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang itu berkata, 'dirikanlah sebuah bangunan di atas gua mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.' Orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata, 'sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah ibadah (masjid) di atasnya." (18 : 21)
So, itu lah sedikit sebanyak cerita pasal Ashabul Kahfi. Banyak juga version cerita ni tapi basic dia tetap sama. Aku memang dari kecil sampai besar ni suka sangat baca pasal Ashabul Kahfi ni sebab aku rasa macam sangat sangat kagum dengan apa jadi. Cuba bayang, tidur 300 tahun tapi bila bangun rasa macam tidur setengah hari je? Punya lah Allah tu berkuasa sampai dia boleh buat mereka tu tak rasa apa apa pun. Nyenyak je tidur. MasyaAllah :') Kalau nak tahu detail sikit, boleh baca surah al-Kahfi ayat 9 - 26. Semoga bermanfaat :)






Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.