Me #6: First

Assalamualaikum :)

Haaaaaaai! Harap semua orang sihat dan gembira dan kenyang. Eh.

Di malam Ahad yang indah dan permai ini, aku nak bagi tahu yang aku tak jadi nak delete blog ni. Eh, aku ada cakap ke nak delete blog dekat sini? Em em. Whatever. Yang penting, aku nak simpan blog ni sampai bila-bila sebab tahap penyesalan aku bila delete blog lama adalah sangaaaaaaaaat tinggi. Jadi, tak nak menyesal lagi. Pfft.

So, topik sembang malam ini ialah first experience. Eh, dah umur 23 tahun pun masih ada first experience ke? Zzz. Ada okay. Sebagai seorang gadis yang manja dan dimanjakan, kebanyakan benda yang ada di dapur adalah first experience untuk aku. Haha. Experience pertama ialah membeli udang mentah di pasaraya. Malam semalam, mama ajak pergi ke Maslee *pasaraya yang jumpa kat Johor je.rasanya lah* beli barang dapur. Okay, ini bukan lahh experience pertama sebab aku selalu je ikut mak aku pergi beli barang dapur. Yang menjadi first experience ialah apabila mama suruh aku pilih udang mentah sebanyak 1 kg. aku macam err, macam mana nak pilih udang? Apakah kriteria-kriteria udang yang sihat untuk dimakan? Macam mana nak agak udang tu dah cukup 1 kg? Banyak persoalan sebenarnya, tapi sebab nak cover macho, gua pun buat-buat je lah tahu. FIRST time dalam hidup pilih udang! Selama ni, abah je yang beli segala macam ayam ikan udang tu. Makanya, beralaskan DUA helai plastik, aku pun pegang sekor-sekor udang tu. Konon lah pilih-pilih, belek-belek, korek-korek pada hal aku sendiri tak tahu aku belek apa. KAHKAH. Mama cakap kalau 1 kg, around 40 ekor macam tu. And yes, aku kira sekor-sekor udang yang masuk dalam plastik tu. Agak bendul disitu but fuck it. Aku memang tak pandai agak. So ikut je lah cakap orang tua. Ye dak? Haha.

Next, petang tadi. Buat roti jala. Antara makanan favourite tapi harem tak pernah buat. Dah nama pun manja, kalau kat rumah gua order je. Lepas tu nenek buatkan. Ni sebab duduk rumah orang, makanya terpaksa lah berpura-pura lagi. Zzz. Bergandingan dengan Iffah yang juga first time mengirai roti jala, kami berdua pun mulakan lah misi mengirai kat dapur. Kakak dah buat kari, lepas tu beliau cabut. Mula-mula Iffah buat sorang. Lepas tu aku terasa macam nak join. Buat-buat reti. Macam biasa. Haha. Gilaaaaaaa serabut buat roti jala ni. Macam mana lahh nenek aku boleh gigih buatkan bila aku minta. Isk isk. Apa yang buat serabut? Kau kena letak mix tu nipis nipis atas pan. Lepas tu kau kena lipat. Faham tak sebagai perempuan yang tak berapa lemah lembut macam aku, benda senipis itu banyak menguji kesabaran aku. Ada yang putus. Ada yang melekat. Ada yang tak garing. Yang jatuh atas kaki pun ada. Zzz. Dan since lipat benda tu atas pan, maka jari jemari gua yang lembut ni pun lecur lecur lah duk melekat kat pan tu -.-'' Nasib cuma lecur manja. Gittew~ Tapi, saya berbangga dengan diri saya dan Iffah kerana berjaya menghasilkan 30 helai roti jala. *claps* Woot woot :3 Selamat menjamu selera semua orang. Malam ni mimpi saya okay. EH.

Dah penat lah nak taip. Nanti aku taip lagi. Nak pergi cari budak mengada. Tidur lah tu senyap je dari tadi. Hihi. Till then, take care semua orangggggg! :)

p.s: tak sempat ambil gambar roti jala pertama.lapar sangat tadi.siap terus baham.kekeke.






Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.