Random #12: Ramadhan

Alhamdulillah.

Kali ke-9 sambut puasa tanpa arwah atuk (AlFatihah). Tapi masih bersyukur diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan bersama manusia tercinta yang lain. Hari ni 4 Ramadhan. Tinggal lebih kurang 26 hari je lagi untuk kejar pahala yang Allah 'offer' dalam bulan ni. Semoga kita usaha lebih gigih untuk kumpul lebih banyak pahala dan kebaikan untuk 'topup' mana yang kurang dalam bulan lain.

Puasa bererti menahan lapar dan dahaga, dari terbitnya fajar saddiq hingga terbenam matahari. Tapi puasa bukan lah tentang menahan lapar dan dahaga semata-mata. Semuanya perlu ditahan; nafsu, marah, mulut, mata. Semua yang membawa kepada keburukan basically kena ditahan bulan ni. Dengan harapan berterusan walaupun setelah tamatnya Ramadhan. Susah. Sukar. Tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya. Untuk manusia short-tempered macam aku, susahnya nak tahan marah Allah je tahu. Tapi tak bermaksud tak boleh buat. Boleh, dengan syarat usaha. Harapannya, semoga berjaya belajar jadi lebih penyabar. Mak cakap, orang yang sabar banyak kebaikannya. At least, kena percaya cakap mak tu :)

Nafsu. Benda yang selalu take over manusia. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu kepada lelaki/perempuan. Semuanya lah. Kalau lain hari kita layankan je, apa kata bulan ni train nafsu tu ikut cakap kita pula. Jangan layan. Tahan dan terus bertahan. Kalau pergi kerja ada amoi pakai skirt paras peha, alih mata tengok ke tempat lain sambil istighfar. InsyaAllah lama-lama, tak rasa dah nak tengok. Yang gegadis, jangan nak mengada cuci mata nampak mamat handsome ada six pack. Baik tengok bunga ke, burung ke, kucing ke. Lagi bagus.

Salah satu effort aku untuk tahan nafsu ni ialah dengan duduk je kat rumah. Plus sebab aku pun penganggur berjaya. Maka, takde kepentingan untuk keluar dari rumah. Tak perlu tengok apa-apa, shopping apa-apa, mahu pun bergosip tak memasal. Sebab selalunya, kalau keluar dengan sesiapa je lah, mesti ada gosip nak sembang. Isk isk. So, duduk rumah habiskan novel Stephen King dengan Sophie Kinsella :)

Okay, dah azan. Moh le solat Isyak dulu. Lepas tu, terawih kalau nak. Kalau tanak terawih, boleh lah tadarus ke apa. Selamat berpuasa semua! Salam Ramadhan al Mubarak! :)

p.s: Lepas ni, nak buat session throwback pula. Banyak ni nak cerita. Hoho.








Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.