Reflection #20
Assalamualaikum :)
Sedar atau tidak, esok dah masuk 28 Ramadhan. Which means, tinggal sehari atau dua hari je lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya. Bulan mulia yang penuh keberkahan dah pun nak berlalu pergi. Tapi adakah aku sudah pun memanfaatkan setiap saat yang aku ada selama sebulan ni?
Jawapan jujurnya, tidak.
Mungkin aku boleh mengakui bahawa Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas tetapi tak cukup baik lagi. Masih banyak lubangnya. Masih ada yang terbazir. Masih bersepah perangai buruk yang sepatutnya aku dah hapuskan. Aku cuma berharap yang Ramadhan ini bukan lah yang terakhir kali untuk diri aku. Aku masih lagi nak bertemu dan menikmati bulan yang indah ini. Bulan yang pada aku selalu beri ketenangan dan peringatan tentang perkara-perkara yang selalu aku pilih untuk abaikan.
Sebulan ni, tak banyak yang aku doakan. Aku cuma minta dosa aku sekeluarga diampunkan, kami diberikan kesihatan supaya dapat terus beribadah. Minta hati dan iman kami dipelihara, dipanjangkan rezeki beserta keberkatan. And of course semoga semua orang dilindungi Dia. Dunia akhir-akhir ni semakin pelik. Banyak sangat yang tak kena. Aku harap semua orang dijaga oleh Allah dari sebarang kemudaratan. To be honest, aku takut. Aku takut nyawa aku diambil masa aku tengah bersuka ria, atau masa aku tidur lena dan tak sedar apa-apa. Sebab masa macam tu, I tend to be sangat lalai, sangat alpa, sangat tak aware dengan persekitaran.
Semoga kita bertemu lagi, Ramadhan. Semoga Allah panjangkan umur aku untuk bertemu dengan kau lagi lain kali. Dan untuk segalanya, Alhamdulillah. Alhamdulillah.