Me #11: Suku Abad
Assalamualaikum.
Hai semua orang! :)
Alhamdulillah. Syukur sangat sangat sebab masih panjang umur. Dah officially 25 tahun on last 3rd of May :') Aku mendapati, bila dah umur 25 tahun ni aku lebih stress. HAHA. Sebabnya soalan bila nak kahwin tu dah makin kerap (pfft). Lepas tu, masih lagi penganggur terhormat dan masih lagi tak tahu nak sambung belajar apa kalau tak kerja. Ya Allah, jujur aku stress -_-
Actually, menjelang umur 25 tahun ni aku harap aku jadi lebih baik dari sebelum ni. Like, lebih baik beratus ratus kali dari sebelum ni. Aminn! Aku admit yang aku banyak gila buat salah (read as dosa), dan aku harap aku boleh kurangkan (boleh tinggalkan terus lebih baik) buat salah yang sama. Kadang-kadang, aku bukannya tak tahu atau tak sedar benda yang aku buat tu salah but still buat juga. Lepas tu, menyesal buat. Pfft sangat perangai.
Lepas tu, aku harap aku dah boleh move on. Aku harap aku dah boleh bergerak semula ke depan. Sebab rasanya dah lama sangat aku berhenti kat tempat sama, duk tengok benda kat belakang je. Aku nak jadi lebih positif. Kutip semua pengajaran yang ada dan jadikan peringatan untuk perjalanan seterusnya. I don't want to have any regrets (which currently ni memang sangat sangat lah regret for everything sebenarnya). I just want to live my life happily, with people whom I love so much and whose making me happy along the way. I really wanted to keep these people with me, not only in this world but in the Jannatul Firdaus too :)
Bila dah umur 25 ni, aku mendapati aku lebih menghargai mak dengan abah. Lebih menyayangi nenek dan adik-adik. Lebih merasai bahawa aku takkan pernah bersedia untuk kehilangan orang-orang ni. Tapi hakikat hidup ni ialah tak ada yang kekal selama-lamanya. We will be returning to Him. Sooner or later. Jadi, aku nak belajar untuk sayang manusia kurang daripada aku sayang Allah, kurang daripada aku sayang Rasulullah. So that, bila masa tu sampai aku takde lah rasa terlalu sedih, rasa terlalu kehilangan. Semoga Allah tolong aku yang obviously sangat lemah ni :')
Aku taknak minta benda lebih. Cukup lah aku dapat hidup bahagia dengan keluarga aku, tanpa rasa marah/dendam pada sesiapa. Aku cuma nak hati aku berada dalam state yang paling tenang yang manusia boleh capai. Doakan aku ye :)
Semoga semuanya dilindungi Dia, diberi petunjuk Dia, disayangi Dia. Aminn.
Selamat Hari Lahir, Nurul Hidayah Binti Mohamad Ridwan :) Special thanks untuk mak yang dah bersusah payah bertarung nyawa untuk lahirkan aku 25 tahun yang lalu. Kakak sayang mak! You are the greatest blessing Allah has ever sent to me.