Family #17: Kami, Basikal & Baju Basah
02 Mei 2015 Taman Botani Negara, Seksyen 8 Shah Alam (known as Bukit Cerakah @ Taman Cahaya Seri Alam) Assalamualaikum! Well, ini ialah salah satu hari dimana kami adik beradik buat kerja di luar kebiasaan. Setelah lebih 10 tahun tinggalkan aktiviti kayuh basikal, hari ini semua orang kononnya teringin nak main basikal pula. Okay, ayuh lah ke Taman Botani Shah Alam sebab lebih dekat dengan rumah. Kalau drive kereta, jangan cuba lari kat gate masuk sebab kena bayar RM3 untuk parking. Then, macam biasa. Bayar entrance fee RM3/person dan sebab mengada lebih nak masuk Rumah Iklim Sederhana, tambah lagi RM3/person. Dah acah-acah usha kawasan sekitar, pergi sewa basikal. Kalau basikal yang nampak buruk sikit tu, RM10 sejam pertama & tambah RM1 untuk setiap jam berikut. Basikal baru RM15 sejam. Tak tahu apa beza lama dengan baru pasal sama je. Dua-dua pun kena kayuh. Lulz. Maka, mengayuhlah kami selama 2 jam pasal sejam tu kayuh basikal. Lagi sejam, duk sakan bergambar. Tell you what...