Reflection #14

Assalamualaikum.

Menjalani kehidupan sebagai seorang pendosa nyata membuat hati tidak tenang. Tenangnya mungkin cuma ketika tidur, itu pun kadang kala diganggu mimpi ngeri yang menjadi refleks kepada dosa yang kita buat. Bila bangun dari tidur, otak masih terus berfikir tentang dosa-dosa hari semalam yang telah kita lakukan. At least, itu apa yang aku alami lah. Seorang mukmin yang baik akan menjaga hubungannya dengan Allah, dan juga hubungannya dengan manusia. Tapi itu lah, aku rasa aku gagal menjaga dua-dua hubungan tu. Selalu yang terjadi, bila nak jaga hubungan dengan Allah, akan ada hati manusia yang berkecil hati. Bila menjaga hati manusia, akan berlaku perkara yang dilarang Allah. Astaghfirullah :(

Entah lah. Tahun lepas, aku dah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku nak berubah dan mesti berubah. Sebab tu aku buat banyak keputusan-keputusan drastik yang mengecewakan banyak manusia, tak kurang juga yang menyokong. Pada fikiran aku, untuk menjadi lebih baik atau pun tidak itu adalah pilihan kita. Sebab kesan baik buruknya nanti kita yang akan hadapi. Jadi, kalau dah tahu sesuatu tu tak baik dan membawa kepada pengakhiran yang tak baik, kenapa dipilih? Mudah kan? Tapi bila melihat kembali diri aku ni, rasa sungguh malu. Janji yang dibuat kepada diri sendiri pun tak mampu aku tunaikan. Macam mana nak tunaikan janji pada manusia lain, pada Allah apatah lagi? :(

Dua tiga hari ni, tidur aku memang tak lena. Sering kali juga terjaga diiringi linangan air mata. Selalu rasa bersalah. Selalu mohon Allah ampunkan aku, tapi itu lah. Hari ini minta ampun solat taubat semua, esok lusa buat lagi salah yang sama. Allahuakbar. Aku pun tak pasti kenapa aku jadi macam ni. Jadi lebih teruk dari saat aku membesar. Saat arwah atuk masih ada.

Kesimpulannya, cakap kat sini pun tak guna kan. Baik mulakan buat perkara yang betul dan teruskan perkara baik yang dah dimulakan. Semoga Allah redha dengan apa yang kita kerjakan selama ni. Aminn.





Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.