Reflection #14
Assalamualaikum. Menjalani kehidupan sebagai seorang pendosa nyata membuat hati tidak tenang. Tenangnya mungkin cuma ketika tidur, itu pun kadang kala diganggu mimpi ngeri yang menjadi refleks kepada dosa yang kita buat. Bila bangun dari tidur, otak masih terus berfikir tentang dosa-dosa hari semalam yang telah kita lakukan. At least, itu apa yang aku alami lah. Seorang mukmin yang baik akan menjaga hubungannya dengan Allah, dan juga hubungannya dengan manusia. Tapi itu lah, aku rasa aku gagal menjaga dua-dua hubungan tu. Selalu yang terjadi, bila nak jaga hubungan dengan Allah, akan ada hati manusia yang berkecil hati. Bila menjaga hati manusia, akan berlaku perkara yang dilarang Allah. Astaghfirullah :( Entah lah. Tahun lepas, aku dah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku nak berubah dan mesti berubah. Sebab tu aku buat banyak keputusan-keputusan drastik yang mengecewakan banyak manusia, tak kurang juga yang menyokong. Pada fikiran aku, untuk menjadi lebih baik atau pun tidak i...