Random #8: Jumaat Terakhir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pagi ni, aku terjaga dengan macam macam benda dalam otak. Benda pertama harus lah pasal final exam. Lagi tiga hari before first paper. Definitely hari ni dah kena mula baca apa yang patut. Tapi, sejujurnya aku takde lah risau sangat pasal final exam tu. InsyaAllah okay. The potential is there :)

Benda lain yang aku fikir (tak fikir pun actually. Benda tu datang bergolek golek sendiri masuk otak. Lol) ialah macam mana nak tinggalkan tahun 2013 ni dengan hati yang tenang. Dari awal tahun sampai dah nak habis tahun, macam macam benda lah jadi. And memang benda yang tak best pun sebenarnya. Serius aku tak suka tahun ni. Tapi, aku pilih untuk fikir yang baik. Sebab terjadinya benda gini lah aku mengambil keputusan untuk berubah menjadi lebih baik. Naaaaah, dah tak boleh benci tahun 2013. Apa-apa pun, aku bersyukur sebab Allah tak lupakan aku. Macam-macam benda Dia bagi aku tahun ni. Will learn all the lessons I get, InsyaAllah. Aku macam nak list down segala jadah yang aku dapat tahun ni, tapi nanti makin panjang pula entri ni. Hewhewhew.

Next is, aku sentiasa tertanya tanya macam mana manusia mengklasifikasikan dirinya baik dan ikhlas. Okay, adakah dengan mengupdate status di Facebook dan Twitter yang kau bangun solat tahajud setiap malam, kau pergi berwudhuk bila marah atau mencanang kau pergi masjid tetiap hari menjadikan kau baik?

BIG question mark there.

So, kalau orang tak bagitahu yang dia menangis setiap malam mohon ampun kat Allah, tak bagitahu apa yang dia jumpa dalam tafsir untuk hari tu, dianggap tidak baik? Jangan salah faham. Aku suka nak bersangka baik bahawa orang yang bagitahu itu ini tu mungkin berniat nak mengajak kawan-kawan yang lain berbuat baik. That is a good thing. Berdakwah :) Tapi, yang aku musykilkan bila kau tengok orang lain tak buat macam apa yang kau buat, dan kau mula mempertikaikan niat baik dia, kau rasa kau betul ke? I mean, we NEVER know what is in other people's hearts. Even malaikat pun tak tahu. Cuma empunya hati dan Dia je tahu. Jadi macam mana kau boleh sewenang-wenangnya tuduh dia tak ikhlas nak berubah or saja poyo or what so ever? Pernah tak terfikir? Daaaaaaan kalau dah berniat nak jadi baik, adakah haram terus bagi dia melakukan kesilapan?

"Hey kau, kata nak jadi baik. Apasal kau buat gitu? Kau buat gini?"

Naaaaah, otak manusia. Bila dengar orang nak jadi baik, terus fikir dia tu jadi sempurna. Aku suka nak ingatkan yang manusia takkan pernah sempurna. The creation is perfect, but he's still imperfect. Manusia memang ciptaan Allah yang paling sempurna. Fizikalnya, akalnya, hatinya. Tapi manusia tu takkan pernah sempurna sifatnya. Sebab memang itu yang ditentukan sejak azali. Kalau manusia itu sempurna, masakan Nabi Adam a.s dihalau keluar dari syurga. Tak begitu?

Benda lain lagi, aku selalu fikir aku jahat. Aku salah. Aku tahu semua benda tu, and I apologise from the deepest part of my heart. Tapi, bila asyik kena push je, asyik diungkit je, perasaan dia macam kau curi ikan kat kedai makan, lepas tu kena tampar dengan tauke. Setiap kali jumpa tauke tu, kena tampar lagi atas sebab yang sama. Ye, tak salah nak ingatkan aku yang pelupa ni. In fact, aku tak kisah pun kalau orang nak mengata aku atas salah yang aku buat. TAPI kalau dah 10 juta kali kau ulang, aku pun rasa nak tampar orang juga lah. I feel sorry, and I apologise. Berapa ribu kali aku minta ampun kat Tuhan, tak payah nak sembang sangat lah kat orang kan. Biar lah itu jadi rahsia aku dengan Dia. Sigh. Mungkin aku terlalu bodoh kot sampai orang kena ulang benda sama banyak kali even aku dah tahu dan dah faham. Mungkin.

Meeeeh, aku pasti ada yang nak melenting bila baca entri aku but hey, it is my two cents. You are allowed to disagree. I have no problem with that. Sebab orang selalu tengok salahnya somebody. Yang betul, dia buat butakan mata je. Takpeeeeeee. Aiman tak kisah. EH. Sempena Jumaat terakhir di tahu 2013 ni (mungkin juga Jumaat terakhir dalam hidup aku. Who knows right?) aku nak minta maaf kat semua orang yang terasa hati dengan aku. Yang sakit hati dengan aku. Yang kena aniaya dengan aku. Samada aku buat dengan sengaja atau tidak. Aku cuma manusia biasa, sangat biasa. Jauh sangat dari sempurna. Terlalu banyak kurang sampai tak tahu nak cover macam mana dah. Doakan aku terus istiqamah menjadi yang baik. Dan lebih baik di masa akan datang.

Astaghfirullahala'zim for everything. May Allah accepts all of our good deeds and forgives all of our sins. Aamiin.

Assalamualaikum :)







Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.