Me #3: Janji Nurul Hidayah

Dua hari lepas , aku duduk sorang dekat bilik . Room mate kurang pasti ada dekat mana . Suddenly , teringat pada bonda . Dan tanpa sedar , aku menangis . Bersungguh sungguh . Sampai tersedu sedu . Mula-mula , macam tak pasti kenapa boleh menangis . Mungkin terlalu rindu sebab 2 bulan spend masa dengan dia , and suddenly kena balik kolej dah . Bila dah lama sikit , aku fikir . Bukan pasal rindu aku menangis tu tapi rasa bersalah . Yang amat sangat !

Aku bukan dari keluarga yang senang since cuma abah yang bekerja menyara keluarga . Tapi Alhamdulillah , kami tak pernah kebuluran walaupun tak mewah . Setiap hari cukup makan dari sarapan , lunch sampai lah dinner . Aku bukan nak riak tapi aku memang anak yang baik masa kecik dulu . Dengar cakap mama dengan abah , jarang sangat lawan cakap diorang . Tapi , syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan hamba Allah . Aku kalah jugak dengan hasutan syaitan tu . Aku berubah , selalu lawan cakap mama dengan abah . Cuma cakap nenek je yang aku tak bantah . Ye , aku rasa title anak derhaka tu aku dah dapat sebab mama pernah menangis kerana kebiadaban aku . Aku jadi sombong dan biadab terhadap mama dan abah aku sendiri . Even aku sedar kemampuan diorang di tahap mana , aku selalu mintak macam macam yang kadang kala bersifat keterlaluan . Tapi mama dengan abah tetap penuhi setiap permintaan aku , walau terpaksa mengikat perut . Ye , aku memang kejam !

Tapi , akhir akhir ni , aku selalu berfikir . Banyaknya dosa yang abah pikul sebab aku . Kat mulut cakap sayang abah , tapi terus je bagi dosa dekat dia hari hari . Sayang ke tu ? Cakap sayang kat mama , tapi selalu menyusahkan dia . Itu bukan sayang namanya . So , aku fikir lagi . Selama aku derhaka dekat mama dengan abah , Diorang ampunkan tak dosa aku tu ? And if diorang ampunkan sekali pun , adakah Allah jugak akan ampunkan aku ? :( Bila diamati dalam dalam , apa yang jadi pada aku mungkin ini balasan Allah bagi dekat aku diatas setiap dosa yang aku dah buat , lagi lagi pada parents sendiri .

And apa yang buat aku lagi sedih , aku gagal jugak nak jadi contoh terbaik untuk adik adik aku . Diorang pun ikut jejak langkah aku sebab dalam otak diorang fikir , "ala , kalau kakak boleh buat , kenapa kitorang tak boleh pulak kan ?" Jujur , aku sangat sedih diatas kegagalan aku untuk didik adik adik aku . Aku benci bila diorang melawan cakap mama dengan abah tapi aku tak boleh buat apa sebab bila ditegur , aku kena balik . Yelah , dah dulu aku tunjuk perangai macam tu , mungkin buat diorang rasa aku tak layak nak menasihati diorang :(

Apa yang termampu aku buat sekarang ialah , senangkan hati mama dengan abah . Sedaya upaya ! Kita tak pernah tahu esok lusa parents kita tu hidup lagi ke tak , or kita ni hidup lagi ke tak . Entah dapat chance berbakti dekat mak ayah ke tak . So , selagi Allah bagi chance , aku wajib buat semua tu . Bagi mama dengan abah gembira . Walaupun diorang tak berharta , tapi aku nak diorang rasa yang aku lah harta paling berharga yang diorang ada . Harta yang dapat bahagiakan diorang kat dunia dan akhirat . InsyaAllah :')

p.s: tolong lah jangan buat macam yang aku pernah buat ni.kalau tak kesiankan diri sendiri,at least kesiankan lah mak ayah korang :(







Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.