Random #1: Walaupun tanpa emas

Assalamualaikum! :)

Seperti yang semua orang dah tahu , hero Malaya iaitu Datuk Lee Chong Wei telah pun berjaya memenangi pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Olimpik 2012 di London . Beliau tewas di tangan pemain badminton nombor 1 dunia iaitu Lin Dan dari China . Datuk LCW tewas dalam perlawanan melibatkan 3 set (21-15 , 10-21 , 19-21) . Walau pun tidak dapat memenuhi impian emas Malaysia , Datuk LCW masih kekal dianggap sebagai hero Malaysia kerana membawa pulang pingat pertama untuk negara .

Lewat pagi semalam , satu lagi pingat telah dibawa pulang oleh ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m . Walaupun di babak awal beliau berada di tangga ke 10 , namun beliau bangkit memberikan persaingan pada pusingan 3 , 4 dan 5 . Dengan mata 359.2 , beliau berjaya menewaskan 9 lagi finalis yang tidak kurang hebatnya . Ternyata kata-kata bahawa Malaysia tidak mampu memenangi acara yang melibatkan juri adalah tidak benar sama sekali . Pandelela membuktikan bahawa walaupun dengan adanya juri , jika atlit berusaha bersungguh sungguh , atlit Malaysia tetap mampu meraih pingat walaupun sekadar gangsa .

Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong di atas kejayaan mereka di Sukan Olimpik London 2012 . Semoga mereka lebih berjaya di kejohanan sukan yang akan datang . Malaysia Boleh ! :)

Datuk Lee Chong Wei (silver) , Lin Dan (gold) , Chen Long (bronze)

Brittany Broben (silver) , Chen Ruolin (gold) , Pandelela Rinong (bronze)

P.S: haa,siapa yang suka sangat kutuk atlit Malaysia tu,test sikit korang boleh buat ke tak.cakap banyak.zzz!







Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.