BFF #2: Kamu

Entah kenapa , tiba tiba tahun ni aku kirimkan kad raya kepadanya . 4 tahun aku memendam pelbagai macam perasaan ; marah , kecewa , sedih , rindu . Lama aku pendamkan semua benda . Aku sepatutnya buang semua kenangan tu jauh jauh , tapi apa lah daya aku . Memori manusia tak boleh diformat macam memori laptop . Semuanya masih terpahat kukuh di ingatan .

Aku janjikan padanya , genap 5 tahun perpisahan kami , akan kulayangkan sesuatu yang telah lama aku simpan . Sesuatu yang tak sempat aku beri kepadanya tapi aku masih ragu ragu . Perlukah aku beri kepada dia ? Atau baik aku buang je benda tu . Tahun depan je lah fikir nak bagi atau tidak.

Seharian aku menatap entri di blog dia . Ye , aku tahu entri itu ditujukan buat aku . Sebab cerita itu tentang aku . Tak mungkin ada teman dia yang lain yang punya cerita sama seperti aku . Seperti yang dia katakan , kenangan setahun itu memerlukan buku tebal seperti ensiklopedia 5 siri untuk diceritakan setiap satu peristiwa dan kenangan yang ada . Terlalu indah mungkin untuk diceritakan dalam bentuk perkataan . Biar lah aku dan dia sahaja yang tahu :')

Aku tak nafikan bahawa dia lah punca semua kesedihan ini . Memang selfish , tapi itu lah keputusan dia . Untuk meninggalkan aku . Mungkin selamanya . Kali terakhir aku bertemu dia , aku menangis . Walaupun tahu aku akan sedih , tapi aku nak jugak jumpa dia malam tu . Bodohnya aku . Terasa bodoh sebab masih mengharap dia kembali menjadi teman aku pada masa dia sendiri yang memilih untuk membuang aku dari hidupnya . Takpe lah , mungkin sudah memang takdir kami .

4 tahun berlalu . Aku kembali senyum . Aku kembali bahagia . Tapi aku tak pernah lagi rasa bahagia seperti mana setahun itu . Bukan aku nak cakap yang teman sekarang tidak membahagiakan , cumanya ia tak sama lagi . Aku harap tahun ke 5 nanti , aku berjaya buang segala kesedihan ini . Aku mesti boleh buat !







Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.