Reflection #5: Diharamkan Syurga Untuk Anak Derhaka
Assalamualaikum :)
Masa berbuka tadi , macam biasa lah . Satu family tengok Baitul Rahmat dekat TV1 . Siapa yang tak tahu cerita ni , dia pasal orang tua tua yang diabaikan anak anak and tinggal kat satu rumah jagaan orang tua tua bernama Baitul Rahmat . Nak tahu lebih lanjut , tengok sendiri okay ;)
So , kita nak bagi tazkirah sikit lah pasal anak derhaka ni since cerita Baitul Rahmat tu memang pasal anak derhaka pun . Kalau ada silap , tegur okay :)
Apa itu derhaka kepada kedua dua orang tua iaitu ibu dan ayah ?
Menurut Ka'ab al-Ahbar , menderhaka kepada orang tua ialah jika ibu atau bapanya bersumpah , ia tidak memenuhinya . Jika ia diperintahkan , ia tidak mentaatinya . Jika kedua-duanya meminta sesuatu , ia tidak memberi dan jika kedua-duanya mempercayainya , ia mengkhianati kedua-dua ibu bapanya .
Dalam Al-Quran , Allah telah melarang hamba-hambaNya daripada menderhaka kepada kedua ibu bapa .
Allah SWT berfirman ;
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu sebaik-baiknya . Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya telah lanjut umurnya dalam pemeliharaanmu , maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya dengan perkataan 'ah' dan jangan lah kamu membentak mereka , dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia ." (Al-Israa' :23)
Ibnu Umar RA berkata , Rasulullah SAW bersabda ;
" 3 jenis manusia yang Allah haramkan syurga kepada mereka , iaitu peminum khamr (minuman keras) , penderhaka (kepada orang tuanya) dan dayus , iaitu merelakan perlakuan keji dalam keluarganya ." (HR Bukhari)
Daripada firman dan sabda di atas , terbukti bahawa Allah sangat melarang kita dari menderhaka kepada kedua orang tua . Zaman sekarang ni pun , dah terlalu ramai anak yang menderhaka . Sekarang ni , dah takde yang setakat cakap 'ah' dekat mak . Almost everyday kita boleh baca dalam surat khabar , anak tinggal mak dekat hotel , tinggal ayah dekat tepi jalan . Yang lagi teruk , siap ada yang bunuh mak bapak lagi . Nauzubillah . Sepatutnya , bersyukur Allah masih bagi kita peluang untuk berbakti pada mak bapak yang dah banyak berkorban untuk kita . Bukan semua orang dapat peluang nak berbakti pada orang tua .
Rasulullah SAW bersabda ; " Pada malam aku diangkat ke langit , aku melihat ramai orang digantung di atas pepohonan api . Aku bertanya , " Wahai Jibril , siapakah gerangan mereka itu ? " Jibril menjawab , " Mereka adalah orang yang mencela ibu dan bapa semasa hidup di dunia . "
Dalam hadis lain daripada Abdullah bin Umar , Rasulullah SAW bersabda ;
" Terdapat 3 golongan yang Allah tidak sudi memandangnya di hari kiamat iaitu orang yang derhaka kepada ibu bapanya , seorang perempuan waria (yang menyerupai lelaki) dan dayus . Terdapat pula 3 golongan yang Allah haramkan syurga (sebelum dosa mereka habis dicuci terlebih dahulu di neraka) , iaitu orang yang derhaka kepada orang tuanya , pemabuk minuman keras dan orang yang sentiasa menyebut-nyebut sedekah yang telah diberikan ." (HR Nasai)
Dah jelas kot , bahawasanya anak derhaka ni memang dibenci Allah sampai masa kiamat pun Allah tak nak tengok muka anak anak ni . Jadi , nak ke kita jadi hamba yang dibenci Allah ? sampai nak pandang muka pun Allah tak nak ? Sayangi & berbakti kepada ibu ayah sebelum Allah ambil balik mereka dari kita :)
Wallahua'lam.
(reference : 1001 Wajah Di Padang Mahsyar)
p.s: kita terpijak anak ayam pun menangis 3 malam , boleh kan ada orang sanggup bunuh mak sendiri ? :(