Reflection #4: Fadhilat Berpuasa
Assalamualaikum :)
Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar Sodiq hingga terbenam matahari . Tapi puasa bukanlah menahan lapar dan dahaga semata mata . Puasa merupakan salah satu cara untuk kita melatih diri bersifat sabar , jujur dan bertolak ansur .
Allah S.W.T ada menyebut di dalam Al-Quran tentang kebaikan berpuasa dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 ;
Jelas Allah telah menyebut bahawa dengan berpuasa itu dapat membina ketaqwaan kepadaNya . Bagaimana puasa dapat membina Taqwa ? Tentu sekali dengan sifat sabar dalam segala hal , berkata yang baik , niat yang ikhlas serta kesederhanaan dalam semua aspek . Puasa mengajar kita untuk sentiasa menjaga setiap perlakuan , pertuturan , pendengaran dan penglihatan . Sekiranya kita berjaya mendidik diri untuk master semua hal ini , insyaAllah tiada masalah untuk membina Taqwa di dalam diri .
Bahkan , tiada satu pun suruhan Allah itu yang sia sia . Berpuasa mempunyai beberapa fadhilat atau kebaikan . Antaranya ialah ;
So , kenapa mesti memilih untuk ponteng puasa bila semua yang baik itu terkandung di dalamnya kan ? :)
Wallahu'alam.
(source : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm)
p.s: tapi kalau puasa , tak solat pun tak guna jugak :p

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
Jelas Allah telah menyebut bahawa dengan berpuasa itu dapat membina ketaqwaan kepadaNya . Bagaimana puasa dapat membina Taqwa ? Tentu sekali dengan sifat sabar dalam segala hal , berkata yang baik , niat yang ikhlas serta kesederhanaan dalam semua aspek . Puasa mengajar kita untuk sentiasa menjaga setiap perlakuan , pertuturan , pendengaran dan penglihatan . Sekiranya kita berjaya mendidik diri untuk master semua hal ini , insyaAllah tiada masalah untuk membina Taqwa di dalam diri .
Bahkan , tiada satu pun suruhan Allah itu yang sia sia . Berpuasa mempunyai beberapa fadhilat atau kebaikan . Antaranya ialah ;
- Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
- Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
- Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
- Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."