Posts

Showing posts from July, 2012

Reflection #4: Fadhilat Berpuasa

Image
Assalamualaikum :) Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar Sodiq hingga terbenam matahari . Tapi puasa bukanlah menahan lapar dan dahaga semata mata . Puasa merupakan salah satu cara untuk kita melatih diri bersifat sabar , jujur dan bertolak ansur . Allah S.W.T ada menyebut di dalam Al-Quran tentang kebaikan berpuasa dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 ; "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"   Jelas Allah telah menyebut bahawa dengan berpuasa itu dapat membina ketaqwaan kepadaNya . Bagaimana puasa dapat membina Taqwa ? Tentu sekali dengan sifat sabar dalam segala hal , berkata yang baik , niat yang ikhlas serta kesederhanaan dalam semua aspek . Puasa mengajar kita untuk sentiasa menjaga setiap perlakuan , pertuturan , pendengaran dan penglihatan . Sekiranya kita berjaya mendidik...

Friends #1: Amalina & Afiq

Image
Assalamualaikum! :) Lama jugak lah kan tak update . Sejak cuti ni , asyik dok layan lelaki kacak dalam cerita Korea je . Sampai lupa pasal belog ni :p So , malam ni nak update sikit lah . Ehe . Dengan berlatar belakang kan lagu Yuna - Terukir di Bintang , aku nak cerita sikit pasal wedding long lost friend aku last Sunday . Siti Amalina Putri Bt Datuk Hj Ismail . Minah ni aku kenal masa form 1 kat kelas 1 Intan . Mulut dia memang setaraf dengan mulut aku yang super murai ni . Sebab tu kot boleh ngam kawan dengan dia . Hahaha . Tapi tengah tahun camtu dia pindah sekolah . Since that , cuma kad raya penghubung kitorang . Cewahhh :D And years later , dapat keep in touch balik dalam Mukabuku & Twitter . And tup tup jugak dapat invitation ke wedding dia . Frankly said , I never been to any wedding reception yang super the grand macam dia punya . Maybe pasal dia anak Datuk & husband dia si Afiq tu kerabat Kelantan , makanya reception dia memang sangat lah superb ! Rasanya ni lah ...