Reflection #3: Lillahitaa'la :)

Assalamualaikum :)

Hai awak awak ;) Mudah mudahan sihat lah ye semuanya . Kita okay hari ni . Lepas makan rojak dekat Klang tadi , so tengah senang hati . Hihi . Next week , akan bermulalah final exam untuk most student IPTA kat Malaysia ni kan . So , wish you all good luck & all the best okay :)

Malam ni , kita nak cakap pasal niat . Mama selalu pesan , walau apa pun yang kita buat , mesti kerana Allah . Lillahitaa'la . Dan ikhlas ! Sebab sebagai manusia biasa yang takde apa apa , Allah je yang boleh tolong permudahkan kerja kita . Tak kisah la apa pun . And oleh sebab kita still belajar , niat tu memang paling penting . Tanya balik diri sendiri , apa tujuan kita belajar . Untuk pandai semata-mata ? Untuk buat berlagak ? Untuk membantu ummah ? Kalau itu lah niat kita , means tak ikhlas lah kita belajar kan ? :)

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud ;

“Katakanlah, “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama”. (QS. Az-Zumar : 11)

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus”. (QS. Al-Bayyinah : 5)

Belajar pun kira beribadah kan ? which is menjalankan suruhan agama . Jadi kawan kawan , kalau awak semua belajar , mesti ikhlas taw ! Kalau tak , penat je awak belajar . Ilmu tak berkat , pahala pun tak dapat . Rugi kan ? :) Bila dah niat baik plus ikhlas , confirm Allah tolong punya lah . Jangan risau . Allah tak pernah mungkir janji . Kalau kita minta elok elok dari Dia , mesti Dia bagi . Kesimpulannya , awak jangan lupa Dia dan Dia pun takkan lupa awak :) Ok , kita nak sambung tengok Arnold dengan adik & nenek . Take care okay . Meow~!

p.s: kalau Allah tak makbulkan doa , jangan pulak ubah niat asal awak tu . mungkin Dia tengah rancang sesuatu yang lebih baik untuk awak :) yang penting , ikhlas!






Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.