Family #3: Jalan Jalan Tanpa Abah.

Assalamualaikum! :)

Hai gegadis dan jejaka :p Sihat tak hari ni ? Kita macam biase lah . Sihat cuma tengah sakit pinggang dengan perut . Gegadis mesti faham punya sakit apa ni . Hehe. Since kita takde kelas pagi ni , plus hujan lebat (patutnye tido kan bile dapat cuaca macam ni) kita nak membebel lah sekejap kat sini .

Minggu lepas , hari Sabtu , ittew pegi jalan jalan dengan Mama and adik ittew (hoi,nak kena tampa ke) . Pegi Putrajaya , ala yang belia belia tu lah . Mula mula Mama tak nak ikut . Dia cakap Mama bukan belia . Nak buat apa pegi . So kita pun cakap lah kat Mama don't worry . Mama kan nampak muda and kecik gituu . Confirm orang ingat Mama sebaye kita je . Apa lagi, Mama pun kembang kempis lah hidung sebab kita puji dia . kekeke . Tapi yang bestnya ialah, Abah takde . Hoorayyy ! "Kenapa happy ?" Mesti lah sebab kalau Abah ikut mesti kena balik awal . Abah kita tak suka jalan lama-lama . Tak kisah lah pegi mana pun . Even dekat Jusco pun, dia sibuk ajak balik pada hal kita dengan Mama baru nak usha-usha baju lah, kasut lah (2 jam kira sekejap lah kan.hikhik) . Oh, thanks kepada buah hati pengarang jantung kita, Fareez Farhan sebab sudi bawak kami ke sana (upah mintak Mama okay.hihi) .

Overall, perjalanan kami kat Putrajaya hanya dipenuhkan dengan makan dan minum . Panasnya hari tu, Tuhan je tahu . Nasib baik kita bawak payung time tu . Mama kemain lagi seronok beliau jalan jalan dengan payung strawberi beli kat Cameron Highland new year hari tu . Hihi . Tapi sebab pesta tu sangat lah jauh , kami hanya mampu menapak sampai half je . Sobss . Sempatlah Mama pegi subscribe Unifi (weehoo!), Adik beli rootbeer kat A&W, kita beli sosej besar punya and beli cookies 3 bungkus yang dijual oleh kakak comel . Hewhew . Eh, lupa pulak . Time tengah duduk duduk tu, ada orang datang ambik gambar kita . Hihi . Siap pegang flyer tulis "I support Malaysian team to Olympic" (lebih kurang lah.tak ingat lah) and orang tu cakap benda tu special shout out untuk Datuk Lee Chong Wei ^^ Jadi, tayang je lah muka kan . Senyum paling lebar gituuu :D Around pukul 3 kami gerak ke Alamanda untuk solat dan lunch . Sebab semua orang dah kebulur, order nasik ayam je sebab cepat . Haha .

Okay okay, itu je lah cerita kita pagi ni . Rasa nak sambung buat homework pulak . Jumaat ni dah kena hantar . Take care semua orang! Meow~!

Yang pink pink tu campuran budak sekolah and government servants.Diorang pegang batik sepanjang 250m :O

Ini adalah presiden dan timbalan presiden untuk orang pink pink kat belakang tu.Hihi.


Semua excited tengok kad anime adik.

Mama dan anak anaknya <3







Popular posts from this blog

BFF #15: Naje' @ Penang!

UniLife #8: Exam!

UniLife #1: Room mate.